Aku perlu coretkan supaya aku tak lupa
Macam mana rasanya tiada bapa?
Ya Allah kuatkanlah diriku untuk menerima semua yg dugaan ke atas diriku dan keluargaku.
Rindu sangat pada abah sekarang.
Kalau boleh mahu je lawat pusara abah selalu.
Semoga abah tenang disana.
Ingat lagi waktu terakhir cium tangan abah. Rasa tangan abah yg berurat, kasar sikit buat aku rasa sebak. Banyak yg abah dah lalui sepanjang hayatnya.
Ya Allah mohon Kau ampunkanlah semua dosa-dosanya ketika di dunia ini. Sesungguhnya Engkau Tuhan yg Maha Pengampun lagi Maha Pemurah dan Penyayang.
Aku akan rindu untuk memanggil "abah"
Banyak tanggungjawab abah. Tapi sekarang semua tertimpa ke aku. Aku mana tahu. Tapi aku tiada pilihan. Aku kena kuat dan tabah untuk pikul semuanya. Memang benar, senanh hidup masa abah ada. Abah banyak buat keputusan besar. Aku tahu semuanya ada sebab. Tapi ada yang aku tak faham kenapa. Sepanjanh hayatnya, abah kurang cakap dengan kami. Kami kena ikut je. Tapi semuanya memang bersebab dan terbaik.
Hari esok kami nak balik Pahang dah. Jauh ngan pusara abah. Kami pasti akan rindu abah. Abah akan sentiasa berada dalam ingatan kami adek beradik. Kami akan jaga mama untuk abah. Kami doakan abah tenang disana walaupun abah sorang2 kat dalam tempat gelap dan sempit. Sayu rasanya melihat jasad abah dalam liang lahad. Itulah kali terakhir kami tengok jasad abah.
Memang rasa macam tak percaya tapi siapa sangka abah pergi awal tanpa kami bersedia dan sempat kami minta ampun maaf buat kali terakhir. Semua berlaku terlalu pantas. Abah menghembus nafas terakhir pada 12.1.15 jam 11 malam. Tapi mama pun tak tahu masa tu sehinggalah sampai di hospital temerloh jam 1130 dan doktor di hosp beritahu mama kata abah dah tiada.
Siang 12 jan abah memang sihat. Banyak benda yang dia buat sama macam hari2 biasa dia. Malah dia ada juga pergi warung simpang dan lepak dengan kawan2 dia. Siapa sangka waktu malam jam 9 abah dah mula sakit teruk. Dia muntah2, buang air besar berkali-kali. Sampai jam 10 lebih dia mengadu minta mama panggilkan jiran sebelah rumah mahu dibawakan ke hospital. Jiran sebelah, zaira banyak tolong. Ada kudin bawa kereta, abah di seat passenger hadapan. Belakangnya zaira. Mama dan ana dalam kereta. Abah tak mahu naik kereta zaira. Katanya bawa kereta dia. Dan dia xmahu ke klinik terdekat. Tapi mahu ke hospital. Padahal hosp tu jauh dari rumah.
Abah tak kata apa pun dia cuma mengadu 'adui. Adui'. Mama kata mengucap abah. Ingat tuhan. Masa tu dia duduk di kerusi malas dia dekat kuar rumah.
Ana telefon aku yg ada di kl jam 12 malam. Mama bagitahu aban dah tiada. Aku dengar tapi aku macam tak nak percaya mungkin aku salah dengar. Aku kata, abah masuk wad icu mama? Abah sakit?
Mama dah tak boleh kata apa. Mama bagi telefon pada zaira. Zaira kata abah masuk hospital balik sekarang ye. Bawak kereta baik2 slow2 pun takpe.
Aku tanya berkali kali abah sakit apa? Abah ok tak? Abah macam mana sekarang? Dia kata balik dulu.
Aku rasa tak sedap hati. Aku teruskan niat nak solat isyak dulu sebelum gerak balik sebab masa tu memang aku mahu solat tapi telefon berbunyi.
Usai solat aku bergegas kemas beg sumbat baju seluar telekung dan terus balik. Sempat aku beritahu housemate aku kena balik sekarang. Esok aku EL tolong bagitahu ofis. Ditanya kenapa, aku kata 'abah aku masuk icu'. Dia kata baik aku tak yah balik kl ahad ritu. Bukan aku tahu abah akan sakit hari isnin. Kalau aku tahu aku tak balik. Aku tak cakap apa aku terus balik. Air mata mula menitik.
13/1/15 834pm
Anak abah