Saturday, July 27, 2019

TRIP TO CAMBODIA/KEMBOJA 🇰🇭 WITH BFF (Detailed Itinerary, Budget & Tips)

📌 Preparation sebelum pergi
* pre-booked tuk tuk sebelum datang supaya tuk tuk boleh jemput bila sampai airport
* pre-booked night sleeper bus online
* pre-booked ticket Phare, The Cambodian Circus
* pre-booked hotel @ Siem Reap + Phnom Penh from Agoda
📌 ITINERARY
🌸 Sabtu, 6/10/18
- KUL ➡️ Siem Reap (6:40 am - 7:50 am)
• 8:30 am - Beli sim card dekat airport - Metfone (unlimited data for 7 days 3$)
• 9:00 am – 10:40 am - War Museum
Entrance fee $5 per pax
• 11:00 am - Angkor Wat Ticket Booth - beli tiket untuk masuk Angkor Wat esoknya
Entrance fee $37 per pax untuk pass 1 hari. Must buy at ticket counter.
• 11:30 am – Lunch @ The Hut, Prasat Bakong (jalan otw ke Tonle Sap)
• 1:00 pm – 3:00 pm - Tonle Sap ➡️ Kampong Phlouk (floating village)
Lake boat ride fee, $15 per pax.
• 4:00 pm – check in hotel
• 6:00 pm – Dinner @ Muslim Family Kitchen Restaurant
• 7:30 pm – 9:30 pm - Phare, The Cambodian Circus
Entrance fee $18 per pax (totally worth the visit!)
Tix:https://pharecircus.org/…/siem-reap-phare-the-cambodian-ci…/
Address: Phare Circus Ring Road, just south of the intersection with Sok San Road, 2km from Old Market & Pub Street. Depending what part of town you’re traveling from, it’s normally a 10-20 minute tuktuk ride.
*No entrance allowed after the show has started
• 10 pm – Back to hotel and sleep
🌸 Ahad, 7/10/18
• 7:00 am – 8:00 am - Breakfast @ Wau Restaurant
• 8:30 am - Angkor Wat, Angkor Thom @ Bayon Temple, Ta Prohm
Info: http://www.angkorenterprise.gov.kh/
• 1:30 pm - Lunch @ Muslim Family Kitchen Restaurant (tried Chicken Fried Rice, $2.50, serius sedap)
• 2:00 pm – Balik hotel mandi sebab jalan kat Angkor panas terik
• 3:15 pm – 8:00 pm - Cambodian Cultural Village
Entrance fee $12 per pax (worth the visit)
Learn about pelbagai kaum dan bangsa yg ada di Cambodia through 30-40 mins culture dance/performance. And learn about history of Angkor Wat temple through dancing show performance. Paling best sebab Din (our tuk tuk driver tolong translatekan and give synopsis before every performance ) Per day ada about 6- 7 shows start from 11 am to 8pm. Highlight is “The Greatest King – Jayavarman 7th”, only showed on weekend.
• 8:30 pm - Angkor Night Market - Pub Street – shopping & massage (massage sini murah2)
• 11:20 pm – Late dinner/Supper @ Pot & Pan. Take away pizza, $3.

🌸 Isnin, 8/10/18
• Morning – Packing bag
• 10:30 am - Artisans d’Angkor
Free entrance – learn how they do handcraft using many sources such as, metal, batu, kayu, seramik, painting etc.
• 11:15 am – Brunch @ Muslim Family Restaurant, Ustaz Haji Musa
• 12:30 pm – 3:00 pm - Old Market, Psar Chaa (shopping)
- Art Center Night Market (shopping)
Kedai sourvenir paling murah @ Siem Reap (search di BBM dan setuju kedai ni paling murah antara semua, tak boleh nego sebab harga dah paling murah):
No 7A, Rizy Sity. coordinates; WGS 13.352513, 103.854810
• 3:15 pm –4:00 pm - Silk factory
Free entrance – tapi boleh juga tip tour guide sebab dia explain everything about the silk-making process.
• 8:00 pm - Dinner @ Muslim Family Kitchen Restaurant
• 9:40 pm - Checkout hotel
• 10:00 pm – Giant Ibis Bus Siem Reap
• 11:30 pm - Take sleeper bus to Phnom Penh
🌸 Selasa, 9/10/18
• 6:00 am - Reached Phnom Penh bus station, take rickshaw to Hotel tuk simpan barang
• 7:00 am – Breakfast @ Halal Restaurant (opposite hotel sahaja, taste dia biasa2 je)
• 8:00 am – 8:30 am – Walking to Wat Phnom
Entrance fee $1 per pax
• 9:30 am - Walking to Wat Ounalom
Free entrance
• 10:00 am – Central Market and Mall
• 11:30 am – lepak tepi Riverside
• 12:30 pm – check in Hotel, Rest and makan maggi lol
• 3:30 pm – Tuol Sleng Genocide Museum (Recommended to go to better understand Khmer history)
• 5:30 pm - Babylon Restaurant (ooposite Genocide Museum)- Kedai Arab (sedap, affordable, portion besar (nasi boleh makan 2 org)
• 6:30 pm – 8:00 pm - Walking along Riverside - Phnom Penh Night Market - River Cruise
For river cruise, masuk take pic sahaja Free (asked their permission), if nak travel across the river need to pay $5, start 5:20 am and last 6:40 pm.
🌸 Rabu, 10/10/18
• 8:00 am - Breakfast @ Hotel
l
• 11:30 am – Take Rickshaw to Phnom Penh International Airport
🎈FOODS & DRINKS
• Makanan Cambodian/Khmer yg famous - ayam/daging/ikan masak lok lak, amok dan lembu naik bukit
• In my opinion, in Siem Reap, makanan dekat Muslim Family Kitchen Restaurant paling sedap sekali. Sebab tu asyik pergi situ je. Berselera sungguh makan.
• Ice cream rolls - 1$ beli dekat night market (sedap and rasa nak lagi )
🎈TRANSPORTATION
Air Asia Flights
KL – Siem Reap @ 6.10.18 (640 - 750am) – RM182 (2 pax)
Phnom Penh - KL @ 10.10.18 (1340-1625pm) – RM307.64 (2 pax)
Per pax – RM245
Tuk Tuk @ Siem Reap
– 15$ per day per tuk tuk up to 4 people x 3 days = 45$ (can go anywhere for the whole day)
Recommended – Din (speak Malay fluently) – Boleh whatsapp +855 96 817 0151
Sleeper night bus
from Siem Reap to Phnom Penh @ 11.30pm
Giant Ibis Bus, 16$/pax ~ RM68/pax, pre-booked book online.
Please arrived 30 mins before departure.
http://giantibis.com/select_timing.php

Tuk tuk/Rickshaw from PassApp Taxi (mcm Apps Grab, cheap, many drivers so minimal waiting minutes, less risk kena tipu ngan driver sbb dah ada fare stated, can eliminate communication problem since most drivers cannot speak english, paling mahal pun from hotel to airport about 10km fare 3-4$)
🎈ACCOMMODATION
Hotel @ Siem Reap. Booked Bayon Shadow Villa - 4 nights (check out 940 pm Monday)
* RM161.40 for 4 nights (room for 2 pax)
(Good location. Walking distance to Muslim Restaurants area and Night Market. Bilik yang selesa, spacious, cheap, ada swimming pool, breakfast not included)

Hotel @ Phnom Penh. Booked Point Boutique Hotel - 1 night
* RM108.88 for 1 night (room for 2 pax)
(Room quite small, hotel not provide iron, breakfast provided tapi simple je n tak sedap sgt pun)

📌 TIPS & NOTES
1. Aktifkan debit card CIMB sebab siem reap n phnom penh ada ATM. So withdrawal tak kena charge. If withdraw other ATM kena charge rm10.
2. Sim card beli kat airport siem reap cheaper than airport phnom penh. (Eg Metfone kt Siem Reap 2$ lagi murah for same package).
3. Kalau tak sempat/lupa nak pre-book tuk tuk, boleh terus pergi ke Muslim Family Kitchen Restaurant, nanti dia boleh bagi recommended contact number tuk tuk driver.
4. Plan itinerary/susun tempat yg ingin dilawati ikut distance dan lokasi baik2 sebab certain places jauh2 dan tak nak buang masa. Contoh macam itinerary saya yg asal dah berubah bila sampai selepas bincang dan tengok map dengan driver tuk tuk. Itinerary saya share ni dah adjust dari plan asal.
5. Distance from 1 place to 1 place dalam Siem Reap jauh2 so memang recommended pre-book tuk tuk siap2 sebelum sampai. Kalau tak mahal dan rugi ambil dari Apps atau tuk tuk dari airport.
6. Phnom Penh kalau nak cover banyak tempat u can pre-book/hire tuk tuk for whole day. If not, just order from PassApps Taxi if required (tak larat jalan) sebab most of the places are within walking distance.
7. Bawa dan pakai face mask masa naik tuk tuk sebab jalan agak berdebu especially ke Tonle Sap/Kampong Phlouk.
8. Dekat Kampong Phlouk, kena kuat pendirian sikit sebab nanti kat situ diorang macam pujuk2 naik bot kecil tuk pusing kat Kampong tu lalu sungai2 kecil, tengok pokok bakau, etc yg boat besar tak boleh lalu. Tak seronok sebab diorang macam mendesak. Naik boat kecik kena bayar additional $10-12 per pax. We don’t expect and budget for that so we just refused their offer. Anyway, the boat ride was fun and took about 1.5 to 2 hours. Just a bit spoiled our mood when the boat driver pun macam pujuk2 suruh naik bot kecil2 tu jugak. And be careful dengan scam n orang mintak sedekah juga ye.
9. If ada rezeki lebih @ duit belanja lebih, boleh la bagi tips kat orang Kemboja sebab diorang mostly cari income from pelancongan especially dekat Siem Reap.
10. Kalau nak pergi Killing field, better pergi yang dekat Phnom Penh sebab lagi besar dari Sieam Reap.
11. If nak tengok sunset dekat Angkor Wat kena gerak as early as 4:30 am. And make sure bawa makanan or breakfast dulu before pergi sebab sana xde makanan halal.
12. Recommended to visit Cambodian Cultural Village on weekends (Saturday or Sunday) sebab lebih berbaloi dan lagi banyak performance best2 compare to Weekdays.
13. If want to save money on the audio guide, please bring another one headphone/earphone sebab can plug in 2 headphone/earphone in one rented audio device. Ref: Tuol Sleng Genocide Museum.
14. Orang kata compare between Phnom Penh and Siem Reap night market, better lagi Siem Reap sebab nothing much u can get at Phnom Penh and price a bit expensive.
15. When go for shopping, make sure bargain for the lowest/unreasonable price dulu, then seller akan counter for the best deal. Good bargain, good purchase. He he.
16. If nak beli souvenir and not enough time to survey, just directly go to Kedai Rizy Sity sebab dia punya paling murah dah. Like T-Shirt can get as cheap as $1 - $2 per piece, fridge magnet 5 pieces $1, etc..

Saturday, January 31, 2015

👮



Aku perlu coretkan supaya aku tak lupa

12 jan 2015. Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Tak sempat nak berkasih sayang ngan abah puas2. Besar sangat rasanya kehilangan abah pada kami. 
Macam mana rasanya tiada bapa? 
Ya Allah kuatkanlah diriku untuk menerima semua yg dugaan ke atas diriku dan keluargaku.
Rindu sangat pada abah sekarang. 
Kalau boleh mahu je lawat pusara abah selalu.
Semoga abah tenang disana. 

Ingat lagi waktu terakhir cium tangan abah. Rasa tangan abah yg berurat, kasar sikit buat aku rasa sebak. Banyak yg abah dah lalui sepanjang hayatnya. 
Ya Allah mohon Kau ampunkanlah semua dosa-dosanya ketika di dunia ini. Sesungguhnya Engkau Tuhan yg Maha Pengampun lagi Maha Pemurah dan Penyayang. 

Aku akan rindu untuk memanggil "abah"
Banyak tanggungjawab abah. Tapi sekarang semua tertimpa ke aku. Aku mana tahu. Tapi aku tiada pilihan. Aku kena kuat dan tabah untuk pikul semuanya. Memang benar, senanh hidup masa abah ada. Abah banyak buat keputusan besar. Aku tahu semuanya ada sebab. Tapi ada yang aku tak faham kenapa. Sepanjanh hayatnya, abah kurang cakap dengan kami. Kami kena ikut je. Tapi semuanya memang bersebab dan terbaik.

Hari esok kami nak balik Pahang dah. Jauh ngan pusara abah. Kami pasti akan rindu abah. Abah akan sentiasa berada dalam ingatan kami adek beradik. Kami akan jaga mama untuk abah. Kami doakan abah tenang disana walaupun abah sorang2 kat dalam tempat gelap dan sempit. Sayu rasanya melihat jasad abah dalam liang lahad. Itulah kali terakhir kami tengok jasad abah. 

Memang rasa macam tak percaya tapi siapa sangka abah pergi awal tanpa kami bersedia dan sempat kami minta ampun maaf buat kali terakhir. Semua berlaku terlalu pantas. Abah menghembus nafas terakhir pada 12.1.15 jam 11 malam. Tapi mama pun tak tahu masa tu sehinggalah sampai di hospital temerloh jam 1130 dan doktor di hosp beritahu mama kata abah dah tiada. 

Siang 12 jan abah memang sihat. Banyak benda yang dia buat sama macam hari2 biasa dia. Malah dia ada juga pergi warung simpang dan lepak dengan kawan2 dia. Siapa sangka waktu malam jam 9 abah dah mula sakit teruk. Dia muntah2, buang air besar berkali-kali. Sampai jam 10 lebih dia mengadu minta mama panggilkan jiran sebelah rumah mahu dibawakan ke hospital. Jiran sebelah, zaira banyak tolong. Ada kudin bawa kereta, abah di seat passenger hadapan. Belakangnya zaira. Mama dan ana dalam kereta. Abah tak mahu naik kereta zaira. Katanya bawa kereta dia. Dan dia xmahu ke klinik terdekat. Tapi mahu ke hospital. Padahal hosp tu jauh dari rumah. 
Abah tak kata apa pun dia cuma mengadu 'adui. Adui'. Mama kata mengucap abah. Ingat tuhan. Masa tu dia duduk di kerusi malas dia dekat kuar rumah. 

Ana telefon aku yg ada di kl jam 12 malam. Mama bagitahu aban dah tiada. Aku dengar tapi aku macam tak nak percaya mungkin aku salah dengar. Aku kata, abah masuk wad icu mama? Abah sakit? 
Mama dah tak boleh kata apa. Mama bagi telefon pada zaira. Zaira kata abah masuk hospital balik sekarang ye. Bawak kereta baik2 slow2 pun takpe. 
Aku tanya berkali kali abah sakit apa? Abah ok tak? Abah macam mana sekarang? Dia kata balik dulu.
Aku rasa tak sedap hati. Aku teruskan niat nak solat isyak dulu sebelum gerak balik sebab masa tu memang aku mahu solat tapi telefon berbunyi. 
Usai solat aku bergegas kemas beg sumbat baju seluar telekung dan terus balik. Sempat aku beritahu housemate aku kena balik sekarang. Esok aku EL tolong bagitahu ofis. Ditanya kenapa, aku kata 'abah aku masuk icu'. Dia kata baik aku tak yah balik kl ahad ritu. Bukan aku tahu abah akan sakit hari isnin. Kalau aku tahu aku tak balik. Aku tak cakap apa aku terus balik. Air mata mula menitik. 

13/1/15 834pm
Anak abah


Friday, July 11, 2014

Mari Bantu Gaza

Assalamualaikum kawan-kawan, 


tak suruh angkat senjata pun, tapi ikhlaskan lah angkat tangan dan berdoa agar mereka di Gaza selamat. Allahu Akbar.



terima kasih.

Thursday, July 3, 2014

Ramadhan

Hi, selamat pagi.

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. :)